
Bidadari di syurga adalah salah satu anugerah Allah kepada setiap lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya di syurga adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari yang mendampingi suaminya kelak).
Berjihad di atas jalan agama Allah adalah satu amalan yang disukai Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi Muhammad SAW dan juga dikalangan sahabat-sahabat baginda. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa pun umurnya maka akan ditanya padanya bagaimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah ini menceritakan habuan bagi seorang yang mencintai untuk brjuang di jalan Allah:
'Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain di syurga Allah SWT. Suatu pagi dalam bulan Ramadhan ketika nabi memberi tazkirah mengisahkan berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah SWT,kata baginda Rasulullah sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimanakah cantiknya bidadari tersebut, adakah sangat2 cantik? Wallahualam..Tetapi dia malu nak bertanyakan soalan tersebut kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabatnya yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar/pergi utk berjihad di jalan Allah. Sebelum Zohor, menurut sunnah, nabi SAW akan tidur sebentar (khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberinya salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab eh tidak...saya cuma khadamnya, ainul mardhiah ada di dalam singgahsana di atas
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai tersebut.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya satu demi satu anak-anak tangga di dalam mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nanti kamu belum syahid lagi...... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang di jalan jihad Allah,lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid di dalam perang tersebut.. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan mendekati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang shahid tadi. Ketika sahabat-sahabat menceritakan kisah itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...
Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih
No comments:
Post a Comment