Thursday, October 21, 2010

Kehidupan Yang Sia-Sia


Assalamualaikum w.b.t.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya dapat kita hidup hingga ke saat ini.. Kudoakan moga kita semua umat Nabi Muhammad SAW ini, dikurniakan Nur dan Hidayah agar kita tidak leka dek kerana arus kemodenan teknologi yang kini melanda dunia Allah SWT ini.. Sebagai peringatan bersama, aku ingin memetik satu hadis riwayat Imam Bukhari dalam kitab shahih bukhari: sabda Rasulullah SAW, terbinanya Islam atas 5 perkara. Iaitu mengucap Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah,mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan(riwayat Bukhari). Berdasarkan hadis ini, secara jelas menunjukkan bahawa solat itu adalah salah satu daripada 5 tunjang utama dalam agama Islam..

Tetapi, persoalan yang aku ingin bangkitkan disini, apakah kita dizaman ini menjaga solat kita? Sejajar dengan kepentingan solat itu sendiri.. Sabda Rasulullah SAW, solat itu tiang agama(riwayat Bukhari&Muslim). Aku bangga melihat bangsa seagamaku bangun berdemonstrasi tatkala Israel menyerang Palestin, tetapi aku malu apabila melihat peribadi mereka masing.. Dalam facebook contohnya, banyak tertubuh group2 yang menentang kezaliman Israel, menentang penggunaan 'Allah' pada lambang crocs, aku bangga melihat mereka bangkit menyatakan ketidaksetujuan mereka tapi aq kecewa apabila melihat gambar2 mereka itu, yang mana hebat berdebat memperkatakan tentang Islam tapi aurat dan maruahnya sendiri tidak tertutup! Aku malu apabila ditayangkan di media massa bagaimana tindak balas interview yang dibuat terhadap orang Melayu yang mana wajib beragama Islam dimana ramai@majoriti daripada mereka, jangankan kata solat, mengucap pun xblh.. Ya Allah, kenapalah dunia sekarang dah jadi mcm ni..

Lupakah kita wahai bangsaku agamaku, hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Tidak takutkah kita akan kematian yang mungkin datang pada bila2 masa sahaja? Cukupkah amalan kita didunia ini untuk dibawa menghadap Allah SWT kelak. Tidak takutkah kita pada amaran Allah seperti mana Firman Allah dalam surah Al-Muddatsir.. ayat 26-30.. Tidak mahukah kita menjadi golongan kanan seperti firman Allah dalam surah Al-Muddatsir ayat39..?? Masih tidak cukup lagikah nikmat2 yang dikurniakan Allah pada kita. Tidakkah kita sebagai hambaNya wajib bersyukur dengan setiap kurniaan Allah sebagaimana maksud surah Ar-Rahman yang menerangkan kurniaan2 Allah pada manusia yang mana secara saintifik sekalipun nikmat2 itu tidak akan mampu dicipta oleh manusia..

Wahai saudara seagamaku, ayuhlah kita sama2 bermuzakarah dan muhasabah diri kita balik.. cukupkah dengan amalanku selama ini utk memperoleh rahmat Allah bagi menjejakkan kaki ke Syurga Allah SWT.. sebagai akhir kata, marilah kita sama2 perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, semoga baginda berkenan mengurniakan syafaat pada kita di akhirat kelak, InsyaAllah, akhir kalam, yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang buruk itu kesilapan aku sendiri.. sekian~ jihad fisabilillah!! Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment