
Salam.. ape khabar semua.Sihat? alhamdulillah. Untuk makluman sekarang merupakan
musimpeperiksaan untuk aku dan sahabat2 di jordan ini. masing2 bersungguh2 mengulangkaji
pelajaran, membuat study group, macam2 usaha demi mendapatkan markah terbaik semasa exam nnti.. Namun sebenarnya, itu bukanlah tajuk yang aku ingin ceritakan kali ini. Sekadar sampingan sahaja.
Sepertimana tajuk yang tertera diatas, aku suka untuk mengulas sedikit maksud disebalik frasa tersebut. 'Tiada paksaan dalam agama ini', hakikatnya frasa ini adalah benar dan bukanlah rekaan oleh sesiapapun. Tiada paksaan dalam agama merupakan tafsir daripada ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah.Akan tetapi,ramai orang sekarang menyalah tafsir maksud disebalik ayat tersebut. Mereka sering menyatakan, " ikut pandai aku la nk buat ape pun, kau peduli ape, kan tiada paksaan dalam agama".. Cara penggunaannya menyebabkan Islam ini kelihatan seperti suatu agama yang lekeh dan lemah, kerana ape? kerana pemahaman yang kurang oleh umatnya sendiri.
Cuba kita bayangkan, jika perbualan tersebut didengari oleh seorang penganut agama laen, ape kata mereka? 'owh, bestnye, dalam agama Islam, tiada paksaan la, bebas la hidup kita nnti, nak buat apa pun boleh'.. Inikah rupa agama Islam yang sebenar? Tidak.. Aku sendiri pernah menegur seseorang itu yang melakukan perkara tidak senonoh dan kemudian tanpa segan silu meletakkan gambar yang diambil itu kedalam FB, taw ape kate orang2 yang komen dipost yang aku tulis " kan tiada paksaan dalam agama, biar dia la nak buat ape pun"..
Sejak itu, aku mula risau akan pemahaman orang terhadap tafsir tersebut..Disini aku ingin menghuraikan serba sedikit .Maksud tiada paksaan dalam agama adalah dimana orang2 agama lain yakni agama selain agama Islam, tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Seseorang islam itu tidak boleh memaksa seseorang yang bukan agama Islam untuk memeluk Islam. Jika kita perhatikan sejarah penyebaran Islam ketika zaman Nabi SAW, adakah Nabi menyebarkan agama islam dengan memaksa orang ramai memeluk agama islam? tidak, sebaliknya dengan dakwah dan akhlak yang baik yang seterusnya menarik minat orang ramai untuk mengenali islam.. Secara amnya, ayat tersebut menerangkan bahawa sesungguhnya agama islam ini dibangunkan diatas dasar kebaikan dan keharmonian, bukan secara kekerasan kerana agama islam ini adalah agama kebaikan yang membawa keharmonian dan ketenangan kepada penganutnya.
Namun berbeza pulak bagi orang islam sendiri, tiada paksaan dalam agama tidaklah bermakna kita mempunyai hak sewenang2nya untuk melakukan apa sahaja yang kita mahukan. Ini kerana bermula saat kita melafazkan kalimah syahadah, maka bermulalah janji dan sumpah taat setia kita pada agama islam yakni meletakkan kita disatu tahap yang mana mewajibkan kita melakukan setiap perintah Allah dan meninggalkan setiap larangan yang disyariatkan kepada umat islam seluruh alam melalui perantaraNya yakni Nabi Muhammad saw. Maka adalah tidak boleh sama sekali apabila seseorang itu menggunakan hujah "tiada paksaan dalam agama" untuk membenarkan perbuatan maksiatnya kerana setiap perintahNya adalah WAJIB dilakukan dan setiap laranganNya adalah WAJIB ditinggalkan. Tiada kompromi dan pengecualian dalam menegakkan dan melaksanakan syariat islam.
Syariat islam ini adalah satu2nye syariat yang diturunkan kemuka bumi Allah ini untuk mengharmonikan kehidupan kita. Selagi mana kita berpegang kepada syariat islam yakni
Al-quran dan Al-sunnah, selagi itulah kehidupan kita selamat didunia dan diakhirat..Maka tiada sesiapapun yang mempunyai hak untuk melanggar syariat Islam, jadi bagaimana boleh kita mengatakan tiada paksaan dalam agama, sedangkan secara jelas syariat Islam adalah wajib terhadap kita untuk menurutinya. Bahkan tidak boleh sama sekali untuk kita mengatakan " aku tidak berminat pada syariah"..
Setakat itu sahaja yang mampu aku huraikan berkenaan maksud tiada paksaan dalam agama. Diharapkan moga perkara ini diambil serius oleh orang ramai, jangan kita tersilap memahami sesuatu maksud itu hingga kita terpesong dari agama islam. InshaAllah.. Doakan kami di Jordan, sekian, Assalam..
No comments:
Post a Comment