Thursday, December 9, 2010

Abu Bakar Dicerca

Assalamualaikum.. Alhamdulillah,bersyukur kita dengan nikmat dan limpah kurniaNya, dapat lagi kita hidup pada hari ini, menghirup udara yang segar dan masih lagi dapat hidup bersama2 di sisi keluarga yang tersayang.. Kali ini,saya ingin memetik satu cerita yang berlaku antara baginda Rasulullah SAW, sahabatnya yang tercinta Saidina Abu Bakar, dan seorang lelaki.. Moga sama2 kita dapat ambil pengajaran daripada kisah ini..

Kisah ini diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabarani daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ketika itu seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. pada masa yang sama,Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana. Baginda Rasulullah SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut. Apabila lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya,Saidina Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut. Dengan yang demikian, Rasulullah SAW menjadi amat marah lalu bangun dan diekori oleh Abu Bakar r.a.. Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: "Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Apabila aku mula membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu".

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kamu mula membalas kata-kata kesatnya itu syaitan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Oleh yang demikian, aku tidak mahu duduk bersama-sama dengan syaitan".

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Ya Abu Bakar ! Sesungguhnya,terdapat tiga perkara yang benar iaitu:

1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan menguatkan dan membantunya.

2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawannannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.

3) Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.

Dapat kita sama2 melihat, betapa orang2 yang sabar ini disayangi oleh Allah SWT.. Jadi,sama2lah kita mengambil pengajaran dari kisah ini.. Sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada Iman.. Maka sama2lah kita meningkatkan iman kita dengan meningkatkan kesabaran kita..Semoga kisah ini dapat dijadikan pedoman hidup kita semua.. Sekian, Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment