| Salam sejahtera semua.. 2hari lagi, kita semua akan menyambut kedatangan tahun baru menurut kalendar Islam, Alhamdulillah.. Disini, saya ingin kongsikan satu cerita yang menyentuh hal yang berkaitan dengan ukhuwah sesama Islam.. Hal ini berlaku dalam satu perang yang dinamakan Perang Yarmouk.. Mungkin ramai yang sudah mengetahu kisah ini, namun ini hanyalah sekadar perkongsian.. Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmouk. Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran. Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia. Abu Jahim bercerita. Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid. Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman. Mungkin jika difikirkan, mana mungkin kita akan melakukan sedemikian, namun tidak salah jika kita praktikkan keluhuran budi seperti yang ditunjukkan itu kedalam kehidupan seharian kita.. Sama2lah kita aplikasikan akhlak2 Islam kedalam kehidupan seharian.. Bukan susah pn, senang je tu.. Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu silap saya sendiri.. Assalamualaikum.. |
Sunday, December 5, 2010
Kerana Sebekas Air..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment