Sunday, December 5, 2010

Hadiah Terbaik Dan Terburuk

Maka tersebut la al-kisah,seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan kepadanya: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih kambing itu, dikirimkan kepada ibu dermawan tersebut hati dan lidah kambing itu.

Setelah beberapa hari berlalu, ibu yang dermawan itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing sembelihan itu.

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu sebagaimana permintaan ibu tersebut yang inginkan bahagian terbaik daripada kambing sembelihan itu. Akan tetapi ibu tersebut pelik lalu bertanya kepada Loqman al-Hakim “Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?” tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: “Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Dapai kita sama2 melihat daripada kisah ini, kebaikan bukannya dinilai perbuatan atau sebagainya, tapi sesungguhnya hati dan lidah 'percakapan' kita yang melambangkan kebaikan kita.. Tiada guna ilmu yang banyak tetapi tidak mengamalkannya.. Bak kata pepatah arab, ilmu tanpa amal bagai pohon tanpa buah.. Sama2 lah kita mengambil iktibar dari kisah ini, moga hari esok lebih baik daripada hari ini..

No comments:

Post a Comment